November 07, 2010

'Mat motor' bantu mangsa letupan Gunung Merapi in Berita Harian 5th November 2010.


HULUR DERMA: Encik Ramle (berdiri barisan depan tujuh dari kanan) bersama rakan-rakan daripada beberapa kumpulan motosikal menyumbang wang bagi membantu mangsa ledakan Gunung Merapi menjelang Hari Raya Haji ini. -- Foto TAUFIK A. KADER
'Mat motor' bantu mangsa letupan Gunung Merapi

Oleh
Shamsul Jangarodin
KUMPULAN-KUMPULAN motosikal sering kali dikaitkan dengan kelakuan ganas dan 'hanya tahu membuat bising' semasa mengiringi pengantin. Namun langkah yang diorak pengasas kumpulan Riders Aid, Encik Ramle Ismail, 42 tahun, dan Encik Suriya Kumar, 45 tahun, mendapatkan lebih 800 'mat' motosikal menderma bagi membantu mangsa ledakan Gunung Merapi di Yogjakarta, Jawa Tengah, menyangkal stereotaip itu.
Malah, usaha murni Riders Aid, yang diadakan sempena Hari Raya Haji ini, juga dialu-alukan Persatuan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus), yang akan turut membantu mengutip derma di acara Maraton Konsert mereka yang bakal diadakan di Kelab Masyarakat Chong Pang pada 14 November ini.

Selain Perkamus, Restoran King Satay dan Kampong Glam Cafe turut menyumbang derma.
Projek Menunggang Motosikal Amal Hari Raya Haji, yang kedua diadakan Riders Aid, bakal melihat lima penunggang motosikal ke Yogyakarta pada 15 November nanti.
Di sana mereka akan menunggang motosikal yang disewa untuk meninjau kawasan yang terjejas dan membeli habuan.
Sejurus selepas solat Aidiladha pada 17 November, mereka akan mengagihkan habuan - daging daripada 30 kambing korban, 100 kilogram beras, 100 kilogram gula dan 200 peket mi segera.
Kumpulan itu dijangka pulang pada hari berikutnya.
Menurut Encik Ramle, sejauh ini mereka telah berjaya mengumpul $6,000. 'Projek ini sebenarnya susulan kepada projek amal tahun lalu yang membantu mangsa gempa di Yogyakarta. Kebetulan Merapi meledak, kami buat peruntukan untuk mangsanya sekali. 'Harapan saya mudah-mudahan Merapi tidak meletup lagi agar mudah bagi kami menjalankan tugas,' kata Encik Ramle, seorang kakitangan awam. Sekitar 38 orang terkorban sejak gunung itu meletus baru-baru ini.
Misi yang diketuai Encik Ramle itu disertai wakil daripada kumpulan Team Black Pirate, Team Canggih, Team Mat Motor (Funk Chopper) dan ahli silap mata, Imran Mohd Ishak.

Di sana, mereka akan disambut 150 motosikal daripada kumpulan Harley Davidson Chapter Indonesia, Kumpulan Pemilik Skuter (SOG) Indonesia, Kelab Honda Tiger dan Kelab Kymco Scooter Matik.

Menurut anggota Team Black Pirate, Encik Mohd Shahrin Abdullah, 40 tahun, beliau menyokong usaha amal itu kerana 'ia mampu mengubah tanggapan negatif masyarakat tentang 'mat-mat' motosikal'.
Mereka yang ingin menderma boleh menghubungi Encik Ramle di talian 9445-7439 atau e-mel ridersaid@yahoo.com.sg.

600 over km ride with our brothers Jakarta.

FCFTW "SLEAZEFUNK" , MMBB "STERMON"  and ZERO MG "AXE" had a wonderful 600 over km of ride from Sin City to KL , KL back to Sin City over the Deepavali Weekend.
We hosted our brother from Jakarta.. Wulung from Tanjinsat MC, Jessie from Chopper Bastardz followed by 2 professional photographers for their upcoming Travellogue " Nusantara Explorasi Indonesia for 10 Months ".

Chilling at Highlander Pub Clark Quay


This ride is to prepare them for their fatigue endurance before going on the long long ride in the not so good roads of Indonesia.

We got to Harley Davidson Singapore at 830am to get their bikes. It was raining till 1000am before we head off to Tuas Checkpoint.

Wulung and Jessie was so excited of the long roads when we get into the Highway and they were ramming the machine to its max. Amazed to themselves that they can never ride of that speed in Jakarta, Herman the pillion for Wulung managed to capture the speed via his camera posted below.

It was indeed their 1st ever ride from Singapore to Malaysia and after the trip, they have suggested Singapore to Phuket next year. Hmmm.. 
Time to head off
Mere 140 at the beginning





AXE talking to JESSE






In Front of Hard Rock KL




My Bro Wulung

Getting ready to head back Singapore



Stermon fell in love with Cati..

Invitation to Deepavalli open house by Minister

Funk Choppers a.k.a Mat Motors Bikers Boyz is invited for this coming event.


To all my brother Bikers,
New Minister for  Home Affair Mr K.Shanmugam Cordially inviites all Bikers who support the recent Deepavalli Project Give to a Thanks Lunch session at Chong Pang CC (Yishun) and Farewell to six bikers pesonnel to jogyakarta Indonesia in aid of Mt Merapi on Sunday 14/11/2010 @11am to 2pm.

There will be a concert marathon also from 2 pm till night in support of Riders Aid Hari RayA Haji Charity Ride II de Jogyakarta.

Your attendants so much appreciate.
Regards
Ramle ismail
FOUNDER 
RIDERS AID [SINGAPORE]
Social Entrepreneurship