Funk Chopper Sleazefunk and Mat Motor Adiwira together with Mystifying Imran the magician at our preshoot for the news in Suria today.
Oleh Roslinda Rahmat - BeritaOnSURIA
Begitulah ujar Ariff Budiman Mohamad, anggota kumpulan penunggang motorsikal, Mat Motor, yang tergerak hati untuk sama-sama membantu menghulurkan dan mengumpul derma daripada para anggota kumpulannya, demi membantu 120 keluarga mangsa bencana alam di Jawa Tengah, Indonesia.
Menerusi acara ‘Menunggang Motorsikal Amal Hari Raya Haji’ anjuran Riders Aid, acara Korban dengan sasaran 30 ekor kambing, mengumpul 100 kilogram beras dan gula, serta 200 paket mi segera, para aktivis bermotorsikal ini akan terbang ke Jogjakarta dan bergabung dengan mat-mat motor di sana, untuk menjalankan beberapa acara amal.
Selain merasa terpanggil untuk membantu para mangsa letupan Gunung Merapi, penunggang-penunggang motorsikal ini juga merasa ramai yang punya salah tanggapan terhadap mereka. Lantas, menjayakan usaha kebajikan seperti ini seolah-olah memberi mereka peluang untuk merubah pandangan sinis itu.
Inilah yang dikongsi Asmawi Abdullah dari Kumpulan Black Pirate; "Dahulu, kami telah dilabel sebagai kumpulan ‘budak-budak jahat’ jadi kami hendak ubah tanggapan, tunjukkan kepada masyarakat yang kami ini pun boleh berubah dan boleh berbakti kepada negara serta masyarakat."
Maka itu, penganjur acara amal khusus untuk penunggang-penunggang motorsikal berbilang bangsa dari Singapura, Riders Aid meletakkan sasaran untuk mengumpul derma bagi membeli 50 kilogram beras, 50 kilogram gula dan 200 paket mi segera sebagai habuan derma. Selain itu, Riders Aid juga bermatlamat untuk mengorbankan sebanyak 30 ekor kambing sempena Hari Raya Korban. Sejauh ini, 15 ekor kambing sudahpun diikrarkan.
Semua ini demi membantu sejumlah 120 keluarga mangsa gempa bumi Jogjakarta tahun 2006 lalu yang sehingga hari ini masih memerlukan bantuan, serta yang terbaru, mangsa letupan Gunung Merapi.
Menurut pengasas-bersama Riders Aid, Ramle Ismail; "Kami bekerjasama dengan kelab-kelab motorsikal di Singapura seperti Black Pirate, Mat Motor, Eagle dan Canggih. Ahli silap mata Singapura, Imran juga akan bersama kami menghiburkan anak-anak yatim dan golongan susah di Cabean Bantul, Parangtritis, Jogjakarta Indonesia. Di sana, kami akan menyerahkan derma yang kami kumpulkan, selain mengadakan acara Korban untuk mangsa-mangsa bekas gempa bumi 2006 di Bantul dan juga mangsa-mangsa Gunung Merapi yang baru-baru ini tercetus di Indonesia, yang mengakibatkan puluhan nyawa terkorban."
Asmawi Abdullah dari Black Pirate menambah; "Saya akan membuat kutipan daripada anggota kumpulan motor saya untuk mengumpul sumbangan. Mungkin kami akan berkongsi agar seorang anggota mengeluarkan beberapa puluh dolar untuk kumpulan kami sumbangkan lima ekor kambing, beras dan juga gula."
Selama tiga hari mulai 15 November, sempena acara Menunggang Motorsikal Amal Hari Raya Haji itu, lima wakil kumpulan motor akan berlepas ke Jawa Tengah, di mana mereka akan disertai oleh lebih 150 mat motor Indonesia. Kerjasama ini lantas membuka peluang untuk para penggiat saling berkenalan dan membina jaringan.
Ariff Budiman Mohamad yang lebih senang dengan panggilan ‘Adi’, dari Kumpulan Mat Motor merasakan; "Sebagaimana asas kumpulan Mat Motor, memang kami sememangnya ingin melakukan kebajikan dan kami merasa bangga dapat menolong orang-orang yang berada di dalam kesusahan. Selain itu, kami juga dapat berkenalan dan melakukan kerja-kerja amal bersama kumpulan-kumpulan lain dari Singapura mahupun Indonesia.
Masyarakat umum dan para penunggang motorsikal yang lain juga berpeluang untuk turut menyumbang sama kepada usaha murni ini, dengan memberikan wang derma bagi membeli tambahan beras serta kambing.
Pungutan akan dilakukan di Kampong Glam Cafe mulai jam 8 malam pada 1 November 2010.
Oleh Roslinda Rahmat - BeritaOnSURIA
"Setelah kami mendapat tahu daripada Ramle, ketua Riders Aid Singapore yang beliau akan membuat satu acara menunggang motorsikal amal ke Jogja, saya dan teman-teman dari Kumpulan Mat Motor merasa ingin menyumbang apa yang selama ini telah kami lakukan dalam rancangan ‘Mat Motor’ yang ditayangkan di Televisyen Suria. Jadi kami memang mengalu-alukan perkara-perkara kebajikan sebegini."
Begitulah ujar Ariff Budiman Mohamad, anggota kumpulan penunggang motorsikal, Mat Motor, yang tergerak hati untuk sama-sama membantu menghulurkan dan mengumpul derma daripada para anggota kumpulannya, demi membantu 120 keluarga mangsa bencana alam di Jawa Tengah, Indonesia.
Menerusi acara ‘Menunggang Motorsikal Amal Hari Raya Haji’ anjuran Riders Aid, acara Korban dengan sasaran 30 ekor kambing, mengumpul 100 kilogram beras dan gula, serta 200 paket mi segera, para aktivis bermotorsikal ini akan terbang ke Jogjakarta dan bergabung dengan mat-mat motor di sana, untuk menjalankan beberapa acara amal.
Selain merasa terpanggil untuk membantu para mangsa letupan Gunung Merapi, penunggang-penunggang motorsikal ini juga merasa ramai yang punya salah tanggapan terhadap mereka. Lantas, menjayakan usaha kebajikan seperti ini seolah-olah memberi mereka peluang untuk merubah pandangan sinis itu.
Inilah yang dikongsi Asmawi Abdullah dari Kumpulan Black Pirate; "Dahulu, kami telah dilabel sebagai kumpulan ‘budak-budak jahat’ jadi kami hendak ubah tanggapan, tunjukkan kepada masyarakat yang kami ini pun boleh berubah dan boleh berbakti kepada negara serta masyarakat."
"Ramai orang fikir yang kami para penunggang ini suka melepak, suka berjalan-jalan ke sana ke sini, tetapi kami pun ada menderma juga. Niat kami untuk menderma kepada anak-anak yatim di Jogja, dan sempena Hari Raya Haji yang menjelang"; tambah Amir Hamzah dari Kumpulan Canggih pula.
Maka itu, penganjur acara amal khusus untuk penunggang-penunggang motorsikal berbilang bangsa dari Singapura, Riders Aid meletakkan sasaran untuk mengumpul derma bagi membeli 50 kilogram beras, 50 kilogram gula dan 200 paket mi segera sebagai habuan derma. Selain itu, Riders Aid juga bermatlamat untuk mengorbankan sebanyak 30 ekor kambing sempena Hari Raya Korban. Sejauh ini, 15 ekor kambing sudahpun diikrarkan.
Semua ini demi membantu sejumlah 120 keluarga mangsa gempa bumi Jogjakarta tahun 2006 lalu yang sehingga hari ini masih memerlukan bantuan, serta yang terbaru, mangsa letupan Gunung Merapi.
Menurut pengasas-bersama Riders Aid, Ramle Ismail; "Kami bekerjasama dengan kelab-kelab motorsikal di Singapura seperti Black Pirate, Mat Motor, Eagle dan Canggih. Ahli silap mata Singapura, Imran juga akan bersama kami menghiburkan anak-anak yatim dan golongan susah di Cabean Bantul, Parangtritis, Jogjakarta Indonesia. Di sana, kami akan menyerahkan derma yang kami kumpulkan, selain mengadakan acara Korban untuk mangsa-mangsa bekas gempa bumi 2006 di Bantul dan juga mangsa-mangsa Gunung Merapi yang baru-baru ini tercetus di Indonesia, yang mengakibatkan puluhan nyawa terkorban."
Asmawi Abdullah dari Black Pirate menambah; "Saya akan membuat kutipan daripada anggota kumpulan motor saya untuk mengumpul sumbangan. Mungkin kami akan berkongsi agar seorang anggota mengeluarkan beberapa puluh dolar untuk kumpulan kami sumbangkan lima ekor kambing, beras dan juga gula."
Selama tiga hari mulai 15 November, sempena acara Menunggang Motorsikal Amal Hari Raya Haji itu, lima wakil kumpulan motor akan berlepas ke Jawa Tengah, di mana mereka akan disertai oleh lebih 150 mat motor Indonesia. Kerjasama ini lantas membuka peluang untuk para penggiat saling berkenalan dan membina jaringan.
Ariff Budiman Mohamad yang lebih senang dengan panggilan ‘Adi’, dari Kumpulan Mat Motor merasakan; "Sebagaimana asas kumpulan Mat Motor, memang kami sememangnya ingin melakukan kebajikan dan kami merasa bangga dapat menolong orang-orang yang berada di dalam kesusahan. Selain itu, kami juga dapat berkenalan dan melakukan kerja-kerja amal bersama kumpulan-kumpulan lain dari Singapura mahupun Indonesia.
"Kita yang di Singapura merasa syukur yang sekitaran kita agak stabil. Di atas sebab itu, kami ingin membantu dengan menyumbang apa yang ada, bersama kawan-kawan - para penunggang motorsikal yang lain. Dengan cara ini, kami juga ingin menyampaikan mesej kepada golongan muda agar menyumbang-semula kepada masyarakat," celah Erman Eusope dari Kumpulan Mat Motor pula.
Masyarakat umum dan para penunggang motorsikal yang lain juga berpeluang untuk turut menyumbang sama kepada usaha murni ini, dengan memberikan wang derma bagi membeli tambahan beras serta kambing.
Pungutan akan dilakukan di Kampong Glam Cafe mulai jam 8 malam pada 1 November 2010.
No comments:
Post a Comment